Dobi.com
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bagaimana cara untuk memulakan dobi?

Go down

Bagaimana cara untuk memulakan dobi? Empty Bagaimana cara untuk memulakan dobi?

Post  Admin Fri Mar 06, 2009 11:41 pm

Assalamualaikum,

Kepada teman2 yg dihormati. Saya Zack pemilik kedai dobi LAMAN AMPAIAN ingin berkongsi pengalaman mencari duit sehingga dapat membuka kedai dobi yang diidamkan. Sesungguhnya pengalaman ini tak akan dapat di lupakan.

Dobi expensive? Actually semua bergantung kepada ciri-ciri berikut untuk tentukan mahal atau tidak kedai dobi yang anda nak buat.

1. Lokasi - Sewa mahal / murah
2. Jenis dobi - Biasa sahaja atau dry cleaning
3. Concept kedai anda - nak nampak cikai atau yg paling class

Dobi yang saya buka ini kalau kira kos nak setup sampai boleh berniaga adalah RM100k. Demi Allah tak tipu. Ini termasuk mesin Dry Clean yg mulanya saya sangka murah akhirnya rasa tertipu dgn package package yang supplier tawarkan. Silap saya juga kerana tak berhati hati kerana berikan 100% kepercayaan kepada supplier ni. Tapi tak pe lah. Moga Allah dapat memberi balasan.

Anyway, lupakan kenangan pahit saya kerana forum yang saya terbit kan ini adalah untuk semua berkongsi pengalaman, mengiklankan dan memberi ruang kepada sesiapa yg berminat untuk memulakan dobi untuk mendapatkan tips yg berguna supaya tidak tertipu.

Kalau diikutkan kata supplier, kita boleh buka kedai dobi biasa dengan harga RM15k ke RM30k. Erhem, boleh ke? Hehehe. Berhati hati. Itu semua taktik untuk jual mesin aje. Kalau nak tgk costing sebenar, boleh email pada saya di clorets_candy74@yahoo.com. Insyallah saya emailkan kepada anda. Saya bukan supplier maupun cuba menjatuhkan supplier kerana mereka ni masih nadi perniagaan dobi saya sekarang. Maklumlah baru setahun jagung buka dobi.

Benar Dobi ini perlukan minat. Kerana tanpa minat, anda tak boleh berjaya. PENTING. Jangan kerana nak jadi businessman, anda buka dobi kerana banyak perkara yang anda wajib belajar. Kalau anda pergi ke kursus kursus luar yg ditawarkan anda perlu bertanya lebih detail kerana dengan berbelanja RM300 ke RM400 anda hanya duduk sahaja mendengar mereka menjual product mereka. Ada yang kata kursus 2 hari tapi cuma 1 setengah hari aje. So becareful...

MODAL tak de? Ha... sebenarnya ada cara. Kalau pandai mencari dan mengejar. Saya tak boleh beri tips mengejar atau mencari di sini kecuali kalau ada yang email saya nak tahu benda ni. Percaya atau tidak terpulang. Tetapi, dah ada 2 org budak2 yang dengar cakap saya dah hampir berjaya mendapatkan bantuan. Seorang baru diberhentikan kerja dan seorang lagi baru buka kedai dobi biasa yg mesin nya cuma mesin untuk cucian biasa.

Oklah... cerita bebanyak pun tak guna. Akan tetapi kalau berminat, boleh tanya saya di sini. Insyallah, kalau plan saya dan kawan dobi yang lain berjaya, kami akan membuat latihan praktikal kat tempat kami untuk semua yg minat untuk membuka dobi.

Selamat BERJAYA. Very Happy

Admin
Admin

Posts : 2
Join date : 2009-03-06

https://dobiforus.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum